Selain daripada saiz, bateri mempunyai banyak spesifikasi yang dirahsiakan, atau tidak ditulis secara jelas oleh pengilang. Contohnya bateri Perodua Myvi yang digunakan ialah NS40ZL. Namun itu hanyalah saiz fizikal.
Di dalam portal ini, kami mengkategorikan bateri kepada "Standard MF", "High Spesification MF" dan "Star-stop Application". Kami mencadangkan seperti berikut:
Standard MF (SMF)
1) Kegunaan harian tidak melebihi, atau sekitar 100km
2) Bukan kegunaan komersil dan berat seperti e-hailing, teksi dan penghantaran barangan
3) Jika terdapat modifikasi seperti "power amplifier" atau turbo, anda boleh cuba memasang satu tangga lebih besar (contoh NS40 kepada NS60)
4) Jika tiada pilihan saiz satu tangga lebih besar, anda digalakkan memilih bateri berspesifikasi lebih tinggi.
5) Kenderaan "ECO" tanpa fungsi "start-stop" tidak digalakkan menggunakan bateri "basah" (wet charge). Anda disarankan memilih bateri SMF sebagai pilihan minima.
High Specification MF (HSMF)
1) Kegunaan yang aktif (lebih 100km sehari)
2) Kenderaan yang mempunyai "iklim" yang panas di dalam bonet, seperti sesetengah kenderaan kompak, kenderaan komersil, penghantaran, turbo dan kenderaan yang sering berada dalam kesesakan jalan raya
3) Kenderaan dengan banyak aksesori aktif tambahan khususnya "power amplifier"
4) Kenderaan dengan voltan pengecasan yang agak tinggi yang disebabkan oleh rekaannya, dah bukannya kerosakan sistem pengecas (kebiasaanya alternator). Voltage pengecasan normal ialah 13.6V hingga 14.6V
5) Kenderaan usang tidak digalakkan menggunakan HSMF
6) Kenderaan yang sering terbiar lama (contoh: sebulan) sehingga bateri sering nyah-cas juga tidak digalakkan menggunakan HSMF
Start-Stop Application
1) Kesesuaian bateri ini sama dengan HSMF, cuma ia diwajibkan jika kereta tersebut mempunyai fungsi ECO "start-stop"
Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman kami semata-mata. Tunjukkan sokongan anda dengan membeli dari portal ini agar kami dapat terus berkongsi maklumat-maklumat yang berharga dengan anda pada masa akan datang. Sekian.
Aside from the sizes, batteries have many specifications that are kept secret, or unpublished by the manufacturer. For example, Perodua Myvi is the NS40ZL. Yet that is only physical size.
In this portal, we categorize batteries into “Standard MF”, “High Specification MF” and “Star-stop Application”. We recommend as follows:
Standard MF (SMF)
1) Daily uses does not exceed, or about 100km
2) Non-commercial and heavy use such as e-hailing, taxi and delivery of goods
3) If there is modification such as power amplifier or turbo, you may install battery with one-step higher size (for example NS40 to NS60)
4) If there is no one-step larger size option, you are encouraged to choose a higher specification battery.
5) "ECO" vehicles without "start-stop" function are not recommended to use "wet" batteries. You are advised to choose SMF batteries as the minimum option.
High Specification MF (HSMF)
1) Active use (over 100km per day)
2) Vehicles that have hot "climate" inside the bonnet, such as some compact vehicles, commercial vehicles, goods delivery, turbo and vehicles that are often in traffic jam
3) Vehicles with many additional active accessories, especially power amplifiers
4) Vehicles with relatively high charging voltage due to its design, instead of faulty charging system. The normal charging voltage is 13.6V to 14.6V
5) Older vehicles are not recommended to use HSMF
6) Vehicles that are often not driven for a long time (say a month) until battery often discharges is also an unlikely option
Start-Stop Application
1) The suitability of this battery is as same as HSMF, only it is mandatory if the car has an ECO "start-stop" function
This article was written based on our experience only. Show your support by purchasing from this portal so that we can continue to share valuable information with you in the future. Thank you....ow and thanks google translate.